MBMB BUKAN SEKADAR REKOD MASALAH RAKYAT, TETAPI DISUSULI TINDAKAN 

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 5 November – Setiap aduan, pertanyaan dan permohonan rakyat perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kekal cekap, mesra serta responsif.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihaknya perlu sentiasa cakna terhadap keperluan masyarakat memandangkan agensi itu merupakan antara jabatan kerajaan yang paling hampir dengan rakyat.

Menurutnya, meskipun tidak semua perkara dapat diselesaikan serta-merta, orang ramai perlu diberikan penjelasan yang tepat, sahih dan berhemah bagi memastikan setiap urusan mendapat perhatian sewajarnya.

“Walaupun tidak semua perkara dapat diselesaikan serta-merta, rakyat perlu diberikan penjelasan yang tepat, sahih dan berhemah,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB Bilangan 10/2026 di Dewan Taming Sari MBMB, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Setiausaha Bandaraya MBMB Muhammad Firdaus Shariff dan kakitangan MBMB.

WhatsApp Image 2026 11 03 at 6.11.19 PM (2)
SEBAHAGIAN kakitangan MBMB yang hadir pada majlis berkenaan. Foto Facebook Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Mengulas lanjut, Shadan berkata setiap tindakan warga kerja MBMB perlu berlandaskan prinsip adil, telus, berhemah dan berintegriti, selain memastikan masyarakat menerima perkhidmatan secara profesional.

“Tanggungjawab MBMB bukan sekadar melaksanakan prosedur dan peraturan, sebaliknya turut merangkumi usaha memastikan keselesaan serta kualiti kehidupan masyarakat bandaraya sentiasa terpelihara.

“Saya harap komitmen dan semangat kebersamaan seluruh warga kerja dapat terus memperkukuh usaha MBMB memacu pembangunan bandaraya warisan yang berdaya huni menerusi tadbir urus efisien dan responsif,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

134
Kongsi :
Previous post ANUGERAH EMAS BUKTI MUTU PERKHIDMATAN MPJ
Next post DEEPAVALI: DISKAUN TOL 50 PERATUS RINGANKAN PERJALANAN BALIK KAMPUNG