Sorting by

×

LEBIH 200 PRODUK HALAL MELAKA TEMBUSI PASARAN GLOBAL

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

SERKAM 17 April – Melaka terus berkembang sebagai sebuah hab halal negara apabila merekodkan peningkatan syarikat tempatan yang telah menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ekosistem halal Melaka dipandu oleh lebih 34,000 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berdaftar dan daripada jumlah itu, sebanyak 568 syarikat telah menerima pensijilan halal.

Lebih membanggakan, ujar beliau, banyak produk-produk halal Melaka kini telah melebarkan sayap dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

“Sehingga kini, lebih 200 produk halal keluaran Melaka kini telah menembusi pasaran global seperti Singapura, Indonesia, China, Jepun serta negara-negara Timur Tengah,” katanya ketika berucap pada perasmian Majlis Pecah Tanah Melaka Halal Hub 2.0 di Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub 2.0 di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam Datuk Zaidi Attan; Ketua Pegawai Eksekutif MCORP Datuk Mohd Yusof Abu Bakar; Pengarah Urusan PDG Development Sdn Bhd Datuk Seri Gwee Yew Kiat serta Ketua Pegawai Kewangan Halal Development Corporation Berhad Ainul Azman Ainul Jamal.

Menurut Ketua Menteri, pembangunan Melaka Halal Hub merupakan satu langkah besar dalam perjalanan Melaka untuk terus maju sebagai negeri yang berdaya saing, progresif dan inklusif.

Malah, beliau bersama Kerajaan Negeri beriltizam penuh untuk memastikan industri halal di negeri bertuah ini mampu menjadi penanda aras global suatu hari nanti.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

341
Kongsi :
Previous post PROJEK BINA IPD MELAKA TENGAH DIJANGKA BERMULA TAHUN DEPAN
Next post KPT SEDIA TAWAR TEMPAT KEPADA PELAJAR MALAYSIA TERJEJAS KONFLIK ASIA BARAT