Sorting by

×

PERMIT PUKAL ALTERNATIF ELAK OPERASI NELAYAN TERJEJAS

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PERMIT PUKAL ALTERNATIF ELAK OPERASI NELAYAN TERJEJAS

SERI NEGERI 27 April – Pelaksanaan permit diesel secara pukal antara alternatif terbaik bagi mengelakkan nelayan negeri ini mengalami kekangan bekalan untuk terus melaksanakan operasi mereka.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sebelum ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengehadkan 20 liter diesel sahaja sehari buat nelayan.

Dr. Muhamad Akmal berkata, jumlah yang ditetapkan KPDN dikhuatiri akan mengehadkan aktiviti nelayan dan menjejaskan operasi mereka.

“Meskipun perkara itu adalah luar daripada bidang kuasa Kerajaan Negeri, kita telah menghantar surat bantahan kepada kementerian berkenaan. Kita tidak bersetuju dengan polisi ini kerana ia akan menjejaskan nelayan, lebih-lebih lagi dalam situasi kenaikan kos ketika ini.

“Kedua, sekiranya had itu tetap dilaksanakan kita mencadangkan supaya permit secara pukal diberikan kepada nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Jelasnya, penggunaan bahan api dalam kalangan nelayan di negeri ini secara purata adalah antara 30 hingga 45 liter sehari, malah ada yang memerlukan lebih bergantung kepada jenis operasi.

“Kalau ikut polisi sedia ada, pembelian melebihi 20 liter memerlukan permit, tetapi nelayan tidak termasuk dalam kategori yang dibenarkan memohon permit tersebut.

“Jadi kita minta supaya nelayan dimasukkan dalam golongan yang layak memohon permit agar mereka boleh mendapatkan bekalan sehingga 50 liter sehari.

“Sekiranya cadangan itu tidak dapat dipenuhi, Kerajaan Negeri berharap polisi ini dapat dipertimbangkan semula demi kelangsungan industri perikanan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

361
Kongsi :
Previous post KERAJAAN MELAKA TIDAK KERJA BERMUSIM, TIDAK TUNGGU PRN UNTUK BERKHIDMAT
Next post MELAKA RANCANG ANJUR KARNIVAL ANAK MUDA