Sorting by

×

MELAKA RANCANG ANJUR KARNIVAL ANAK MUDA

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 27 April – Kerajaan Negeri sedang merangka penganjuran Karnival Anak Muda Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, usaha itu dibuat selepas melihat kepada keperluan untuk memperluas ruang penglibatan anak muda secara lebih menyeluruh.

“Insya-Allah karnival ini akan menjadi platform mega belia negeri yang menghimpunkan pelbagai segmen anak muda dalam satu ekosistem bersepadu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, sepanjang tiga tahun pentadbiran beliau, beberapa inisiatif utama buat belia telah dilaksanakan, antaranya Program Townhall Anak Muda Melaka 2025 telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 1,000 orang belia bagi membincangkan enam kluster utama pembangunan belia negeri.

“Selain itu, telah diadakan juga Slot Bicara Tokoh Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat melibatkan pelajar STPM dan Kolej Matrikulasi.

“Pada masa sama, program Integrasi Belia merentas negeri melibatkan Sabah, Sarawak, Johor dan Melaka turut dianjurkan, selain program Pemimpin Pelapis Negeri Melaka di bawah Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang telah dilaksanakan di 10 DUN melibatkan seramai 2,018 pelajar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

451
Kongsi :
Previous post PERMIT PUKAL ALTERNATIF ELAK OPERASI NELAYAN TERJEJAS
Next post MELAKA SALUR PERUNTUKAN TAMBAHAN JIKA EKONOMI GLOBAL SEMAKIN PARAH – KM