Sorting by

×

MELAKA SASAR 30 PERATUS WANITA DALAM EKONOMI DIGITAL – KM

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 27 April – Sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita dalam ekonomi digital disasarkan Kerajaan Negeri ke arah usaha memperkasa golongan itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sasaran itu ditetapkan bagi memastikan lebih ramai wanita diberi ruang dan peluang untuk menjana pendapatan.

Jelasnya, sepanjang tiga tahun pentadbiran beliau, sejumlah RM1.5 juta telah diperuntukkan Kerajaan Negeri sebagai komitmen berterusan dalam memastikan srikandi Melaka terus diangkat sebagai peneraju pembangunan negeri.

“Setakat April 2026, di bawah pelaksanaan Bajet 2026, sebanyak RM50,000 telah disalurkan di bawah Inisiatif Inspirasi Wanita yang memberi manfaat kepada lebih 600 penerima.

“Namun, apa yang lebih penting, usaha ini tidak terhenti sekadar penyaluran bantuan. Kita memperluaskan fokus kepada pemerkasaan ekonomi wanita melalui penggunaan platform digital dan e-Dagang sebagai lonjakan baharu pendapatan isi rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Tambah Ketua Menteri, sehingga kini seramai 25 usahawan wanita di Melaka kini telah menerima manfaat meliputi latihan, bimbingan dan akses pasaran dengan jumlah bantuan mencecah RM63,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

224
Kongsi :
Previous post MELAKA GANDAKAN USAHA, PASTIKAN BEKALAN AIR CUKUP
Next post LPS PERCUMA SETAHUN BANTU PETANI, PENTERNAK KEKAL BERDAYA SAING