Sorting by

×

WRUR AYER KEROH: KONVOI BERMOTOR SUK TINJAU PROJEK NAIK TARAF ZOO MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 28 April – Zoo Melaka menjadi antara destinasi persinggahan program Konvoi Bermotor Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.

Konvoi santai itu merupakan sebahagian daripada pengisian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh yang sedang berlangsung sehingga 2 Mei ini.

Pada kunjungan itu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad sempat meninjau status pelaksanaan projek menaik taraf pintu masuk utama Zoo Melaka yang dilaksanakan oleh Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

Projek itu merupakan sebahagian daripada usaha mewajah Zoo Melaka dengan imej baharu, selain menambah daya tarikan dan memberi pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung ke produk pelancongan itu.

Terdahulu, taklimat mengenai projek naik taraf itu telah disampaikan oleh Pengurus Besar CMI Datuk Ahmad Azlan Ahmad Salleh.

Turut bersama, Pengarah Zoo Melaka Dr. Zahidah Izzati Zeid.

Konvoi tersebut turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh Kerk Chee Yee; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Sapiah Haron; Pegawai Daerah Melaka Tengah Mohd Shaiful Hizam Johan serta lain-lain kenamaan.

Selain Zoo Melaka, Setiausaha Kerajaan Negeri bersama peserta konvoi turut meninjau ke beberapa lagi projek antaranya, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Putat; Laman Niaga Pinggiran Sungai MITC serta Dataran Sejarah Ayer Keroh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

593
Kongsi :
Previous post YB ALONG SEJAHTERAKAN WARGA FELDA BUKIT SENGGEH