Sorting by

×

PELUANG BERMANJA DENGAN HAIWAN COMEL, EKSOTIK DI MENARA TAMING SARI

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

BANDA HILIR 2 Mei – Pengunjung singgah ke Menara Taming Sari berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis haiwan eksotik, reptilia dan burung menerusi tarikan baharu ditawarkan iaitu ‘Petting Zoo & Animal Show’.

Istimewanya, tarikan untuk seisi keluarga itu boleh dinikmati pada harga RM5 sahaja, bermula jam 6 petang hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan berkata, tarikan itu dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu haiwan ladang (farm animal), burung (bird side), mamalia (mammals corner) serta haiwan eksotik (exotic creatures).

8d37f3a9 c869 4598 a899 1d8d4c62ea6d

Katanya, bagi kategori haiwan ladang, pengunjung boleh melihat lima ekor arnab, dua ekor ayam import dan dua ekor itik import, sementara itu kategori burung pula menampilkan tiga ekor burung kakak tua.

“Kategori mamalia pula, melibatkan haiwan seperti sigung, meerkat, anjing prairie, hamster Syria, hamster putih musim sejuk, gerbil ekor gemuk, landak, guinea pig termasuk baka American Cavy dan California.

“Selain itu, tarikan utama adalah haiwan eksotik seperti ular sawa Burma jinak, ular sawa bola, ular jagung, iguana, tupai Finlayson, cicak berjanggut, skink lidah biru, cicak Sudan-plated, tokek leopard serta katak Pacman albino dan katak lembu Afrika,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Nur Azan berkata, tarikan itu dIadakan pada hari ini bermula jam 6 petang hingga 10 malam bersempena Melaka Bila Larut Malam edisi Mei 2026.

Tambah beliau, ia juga merupakan sebahagian aktiviti sampingan di Menara Taming Sari bagi memeriahkan lagi suasana cuti hujung minggu selain memberikan pengalaman baharu buat pengunjung khususnya kanak-kanak.

“Jika ada pengunjung baru selesai menaiki Menara Taming Sari dan mahu melihat dengan lebih dekat haiwan di petting zoo ini, mereka layak menerima diskaun 50 peratus bagi tiket masuk, cuma bayar RM2.50 berbanding harga asal iaitu RM5.

“Program ini bukan sahaja memberi hiburan, malah berunsur pendidikan serta sesuai untuk aktiviti keluarga sepanjang musim cuti umum. Ia juga selari dengan usaha menarik lebih ramai pelancong ke Melaka, khususnya ke Menara Taming Sari sebagai antara destinasi ikonik negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

276
Kongsi :
Previous post ‘SIFU’ SENI KAYU ASAHAN
Next post CAJ PARKIR PASAR BORONG DITURUNKAN BERKUAT KUASA 1 MEI