Sorting by

×

MELAKA RIVER CRUISE REKOD LONJAKAN PENGUNJUNG 132.5 PERATUS

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KOTA LAKSAMANA 3 Mei – Melaka River Cruise terus membuktikan reputasi selaku produk pelancongan utama Negeri Melaka apabila merekodkan peningkatan luar biasa jumlah pengunjung pada bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, peningkatan itu direkodkan pada penganjuran Melaka Bila Larut Malam Edisi Mei 2026 malam tadi.

Jelas beliau, jumlah pengunjung yang direkodkan adalah seramai 2,430 orang berbanding 1,045 pada edisi April lalu.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 132.5 peratus, sekali gus membuktikan tarikan pelayaran sungai ini kekal relevan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong tempatan serta antarabangsa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

688439265 1524404016138048 5620504832920489989 n
KEMERIAHAN suasana pengunjung mendapatkan tiket Melaka River Cruise pada Melaka Bila Larut Malam Edisi Mei 2026 di Jeti Quayside Banda Hilir. Foto PPSPM

Menurut Shaharul Azuar, peningkatan itu juga didorong oleh inisiatif proaktif PPSPM yang memberi fokus kepada promosi pakej Melaka Bila Larut Malam.

Jelas beliau, ia termasuklah menerusi tawaran percuma air kelapa pandan serta pelbagai baucar diskaun bernilai lebih RM30 yang menjadi tarikan utama kepada pengunjung untuk merasai pengalaman unik menaiki Melaka River Cruise.

“Mewakili pihak pengurusan PPSPM, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang terus menyokong produk pelancongan Negeri Melaka.

“Sokongan ini menjadi pemangkin kepada Melaka River Cruise untuk terus kekal sebagai peneraju dalam industri pelancongan berasaskan bot dan air di negara ini,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

371
Kongsi :
Previous post MENARA TAMING SARI LEBIH ‘HIDUP’, TARIK LEBIH RAMAI PENGUNJUNG
Next post DI USIA 77 TAHUN, TOO MOI MASIH ‘POWER’ BERKEBUN