Sorting by

×

MAIM TUMBANG TIGA LEMBU SEMPENA KORBAN PERDANA MUALAF

Masa Membaca:55 Saat

BUKIT KATIL 20 Mei – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Kompleks Darul Huda, Balai Islam di Kesidang akan menumbangkan tiga ekor lembu sempena Program Korban Perdana Mualaf pada tahun ini.

Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM Nasir Wahab berkata, program tersebut dijangka akan dilaksanakan pada hari raya kedua Aidiladha iaitu 28 Mei ini.

Katanya, pelaksanaan program itu merupakan antara usaha MAIM dalam memperkukuh penglibatan golongan mualaf dalam aktiviti ibadah korban serta mengeratkan ukhwah dalam kalangan komuniti Islam.

“Program ini telah memasuki musim kelima, di mana objektifnya bukan sahaja memberi peluang kepada mualaf untuk turut serta dalam ibadah korban, malah menjadi platform untuk mereka memahami dan menghayati penghayatan ibadah ini secara lebih dekat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Nasir berkata, MAIM sentiasa komited memastikan golongan mualaf di negeri ini tidak ketinggalan dalam program-program keagamaan termasuk ibadah korban yang dilaksanakan setiap tahun.

“Program ini adalah pendekatan berterusan MAIM dalam membimbing dan memperkasakan komuniti mualaf di negeri ini selain memberi pengalaman bermakna kepada peserta mualaf yang baharu mahu pun sudah lama memeluk Islam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

176
Kongsi :
Previous post TILAPIA MERAH ‘LUBUK REZEKI’ ORANG KAMPUNG