Sorting by

×

SELEWENG ‘FLEET CARD’ 4 LELAKI DITAHAN KPDN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 21 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menahan empat lelaki selepas dipercayai terbabit dalam penyelewengan diesel bersubsidi menggunakan ‘fleet card’.

Pengarah KPDN Melaka Dr. Mohd Hazimin Jamaludin berkata, kesemua individu terbabit ditahan pihaknya menerusi Op Tiris 4.0 Bersepadu yang bermula sejak 16 Mac lalu.

“Menerusi operasi itu KPDN berjaya menghasilkan sebanyak 12 kes membabitkan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM388,898.

“Daripada kes yang berjaya dihasilkan dua membabitkan fleet card yang membawa kepada tangkapan empat lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun.

“Untuk kes fleet card ini ia membawa kepada rampasan diesel berjumlah RM154,901 apabila mereka dikesan mengubah suai tangki minyak,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke 54 yang berlangsung di Kompleks Kastam, hari ini.

Menurut Dr. Mohd Hazimin, sepanjang 2025 KPDN Melaka juga telah menghasilkan sebanyak 407 kes dan kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) merekodkan kes tertinggi.

“Daripada keseluruhan kes dihasilkan itu sebanyak RM450,270.10 rampasan berjaya dibuat manakala seramai 16 individu ditangkap.

“KPDN memberi amaran dan mengingatkan kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan selain penguat kuasa KPDN sentiasa bersedia melakukan pemantauan serta operasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

159
Kongsi :
Previous post CAT PANTULAN HABA TANGANI ‘BAHANG’ FLAT PERUMAHAN AWAM