Sorting by

×

CAT PANTULAN HABA TANGANI ‘BAHANG’ FLAT PERUMAHAN AWAM

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PENGKALAN BATU 21 Mei – Lebih 2,000 penduduk Rumah Pangsa Pantai Peringgit di sini, menerima manfaat daripada inisiatif daya tahan iklim hasil kerjasama pelbagai pihak bagi menangani isu haba dalaman rumah yang semakin membimbangkan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, inisiatif daya tahan iklim hasil itu merupakan kerjasama pelbagai pihak menerusi Program Resilience for Communities (R4C) di bawah Urban Climate Resilience Programme (UCRP) yang diterajui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu berkata, kerjasama pelbagai pihak membuktikan kekuatan pendekatan komuniti dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Inisiatif diterajui bersama Z Zurich Foundation, Zurich Malaysia dan Resilient Cities Network ini memberi tumpuan kepada usaha menangani isu haba dalaman rumah dan hasil kajian yang dilakukan mendapati suhu dalaman di kawasan ini berpotensi kekal tinggi sehingga 29°C walaupun pada waktu malam.

“Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap aspek kesihatan, khususnya golongan warga emas dan kanak-kanak yang lebih terdedah kepada kesan haba berpanjangan.

“Bagi mengurangkan impak tersebut, cat pantulan haba jenama digunakan dengan sokongan AkzoNobel Malaysia sebagai langkah intervensi praktikal bagi menurunkan suhu dalaman rumah dan meningkatkan keselesaan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Perumahan Melaka Datuk TPr. Murad Husin berkata, penggunaan cat pantulan haba itu merupakan penyelesaian praktikal berimpak tinggi.

“Penggunaan cat pantulan haba ini antara solusi lain yang akan diperluaskan ke skim perumahan lain di bawah seliaan LPM bagi menangani isu haba dalaman tinggi. Setiap individu berhak menikmati kediaman yang selamat, sejuk dan selesa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

85
Kongsi :
Previous post ANUGERAH USAHAWAN MELAKA KEMBALI, 10 KATEGORI DIPERTANDINGKAN