Sorting by

×

PELARIAN ROHINGYA PERLU PATUH UNDANG-UNDANG, HORMATI RAKYAT TEMPATAN – AB RAUF

Masa Membaca:59 Saat

GADEK 15 Jun – Kerajaan Melaka mengambil pendirian bertegas dan tidak akan berkompromi berhubung isu pelarian Rohingya terutamanya apabila melibatkan pelanggaran undang-undang.

Mengulas mengenai isu itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pelarian Rohingya yang berada di negeri ini perlu menjaga adab dan menghormati adat penduduk tempatan.

“Masuk kampung orang kena kena ikut budaya dan tatakelola Kampung kita. Jika tidak ikut peraturan wakil rakyat kawasan bertindak, kerana perlu mendahulukan kelestarian rakyat tempatan.

“Jadi jangan bertindak melampauai batas jangan langgar peradaban tempatan. Jika Kerajaan Pusat ambil tindakan terhadap mereka Kerajaan Melaka akan memberikan kerjasama,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Fasiliti Pengecatan Badan Kenderaan (Painting Line) milik EPMB di Kawasan Perindustrian Hicom Pegoh, di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan serta Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam.

Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif EPMB Hamidon Abdullah; Lembaga Pengarah EPMB Ong Tsuey Yun dan Ketua Pegawai Perolehan Great Wall Motor Meng Xiang Jun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

251
Kongsi :
Previous post MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM AUTOMOTIF NEGARA
Next post MELAKA CIPTA PELUANG PEKERJAAN BERTARAF TINGGI – AB RAUF