Sorting by

×

MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM AUTOMOTIF NEGARA

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

GADEK 15 Jun – Pelaburan baharu yang diterima secara tidak langsung membuktikan bahawa Melaka adalah sebuah negeri yang mempunyai kestabilan, keupayaan dan masa depan yang baik untuk masyarakat serta rakyatnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, terbaharu Melaka menerima pelaburan berjumlah RM200 juta melibatkan pembangunan kemudahan mengecat badan kenderaan milik syarikat automotif EP Manufacturing Berhad (EPMB) seluas 16,000 meter persegi di Kawasan Perindustrian Hicom Pegoh.

Katanya, perkembangan itu menggambarkan simbol keyakinan bahawa Melaka terus dipilih sebagai destinasi
pelaburan yang diyakini oleh pemain industri bertaraf antarabangsa.

“Keyakinan ini tentunya tidak hadir secara kebetulan. Ia lahir daripada usaha yang konsisten, dasar yang jelas serta komitmen Kerajaan Negeri yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan Melaka terus menjadi
destinasi pilihan pelabur.

“Sejak diberikan mandat mentadbir negeri ini, Kerajaan Negeri telah membawa pelbagai perubahan dan pembaharuan demi masa depan rakyat Melaka,” kata Ketua Menteri ketika berucap menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Fasiliti Pengecatan Badan Kenderaan (Painting Line) milik EPMB di Kawasan Perindustrian Hicom Pegoh, di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan serta Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam.

Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif EPMB Hamidon Abdullah; Lembaga Pengarah EPMB Ong Tsuey Yun dan Ketua Pegawai Perolehan Great Wall Motor Meng Xiang Jun.

Katanya, sejak mula beroperasi kemudahan syarikat itu berjaya memasang lebih 10,000 unit pelbagai model ‘CKD’ jenama automotif antarabangsa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

290
Kongsi :
Previous post INDUSTRI AUTOMOTIF JADI PEMANGKIN EKONOMI UTARA MELAKA
Next post PELARIAN ROHINGYA PERLU PATUH UNDANG-UNDANG, HORMATI RAKYAT TEMPATAN – AB RAUF