
HAWANA 2026: PM ANWAR ZAHIR PENGHARGAAN MEDIA TEMPATAN BERPEGANG PADA ETIKA DAN INTEGRITI
Beliau berkata tugas pengamal media pada masa kini bukan mudah, terutama ketika dunia berdepan ledakan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) yang membawa cabaran baharu kepada industri media.
βSaya harus sampaikan terima kasih dan menghargai jasa khidmat berpanjangan rakan-rakan pengamal media di Malaysia,β kata beliauΒ ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026Β di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena ButterworthΒ di sini.
Anwar berkata pengamal media memainkan perananΒ penting dalamΒ membantu memperkukuh kefahaman rakyat terhadapΒ pelbagai dasar dan agenda pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kebebasan bersuara dan penyampaian maklumat perlu terus dipertahankan, namun mesti diseimbangkan dengan tanggungjawab serta berteraskan etika bagi memastikan maklumat yang disampaikan tepat, sahih dan bertanggungjawab.
βKadang-kadang orang sibuk bercakap soal pertumbuhan ekonomi, digital, transisi tenaga dan AI tetapi Β jangan lupa bahawa semua kerangka baharu itu tidak harus meninggalkan aspek etika dan nilai.
βApa yang disampaikan itu benar atau palsu, hak atau batil, ditentukan oleh etika dan nilai, bukan semata-mata fakta. Ini satu cabaran besar yang perlu kita hadapi dan amalkan,β kata beliau.
Anwar berkata kebebasan perlu diberikan ruang dalam sebuah masyarakat demokratik, namun pada masa sama perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab agar tidak disalahgunakan sehingga boleh menjejaskan kestabilan sistem dan institusi negara.
Beliau berkata penyampaian maklumat yang bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam membantu rakyat membuat penilaian yang tepat terhadap sesuatu isu, khususnya dalam era ledakan maklumat dan media sosial.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zulkifli Long, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Setiausaha Negara bagi Komunikasi Sosial Timor-Leste Expedito Loro Dias Ximenes serta Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Datuk Bahria Mohd Tamil.
Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2026 Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2026 Arul Rajoo Durar Raj dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) yang juga Pengarah Projek HAWANA 2026 Mohd Shukri Ishak.
Mengangkat temaΒ βMedia Berintegriti, Teras Kredibilitiβ, Majlis Kemuncak HAWANA 2026 menghimpunkan lebih 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara selain wakil delegasi dari Timor-Leste, Kemboja dan Laos.
Pada majlis kemuncak itu, Perdana Menteri menyaksikanΒ pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara BernamaΒ dan TATOLI, agensi berita nasional Timor-Leste sertaΒ menyampaikan Anugerah HAWANA kepada bekas Ketua Pengarah Penyiaran MalaysiaΒ Datuk Suhaimi Sulaiman danΒ Anugerah Khas HAWANA 2026 kepada bekasΒ Ketua Bernama Radio AllahyarhamΒ Azlan Idris atas sumbangan besar dalam pembangunan industriΒ media negara.
Beliau turut menyampaikan hadiah kepadaΒ pasukan pemantun TV3 dan BernamaΒ yangΒ diumumkan sebagai juara dan naib juaraΒ Pesta Pantun HAWANA-Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2026Β sertaΒ menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANAΒ kepada tigaΒ penggiat industri mediaΒ bagi membantu meringankan beban mereka yang kini berdepan masalah kesihatan.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan boria Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang serta nyanyian daripada penyanyi Hattan, Khadijah Ibrahim dan Haziq Rosebi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


