Sorting by

×

MELAKA SATU-SATUNYA NEGERI WAKIL RAKYAT TURUN PADANG SETIAP HARI

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

RIM 21 Jun – Melaka terus membuktikan pentadbiran Kerajaan Negeri benar-benar dekat di hati rakyat menerusi pelbagai usaha dan inisiatif berterusan, termasuklah dalam penganjuran program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jika dilihat dalam pentadbiran pada hari ini, Melaka adalah satu-satunya negeri yang wakil-wakil rakyatnya turun padang setiap hari bagi menyantuni keperluan rakyat.

“Sebab itu, saya sentiasa mengingatkan kepada semua wakil rakyat negeri ini bahawa suara rakyat bukan sekadar untuk didengar lalu sepi… tetapi suara rakyat inilah yang menjadi kompas utama dalam menentukan setiap dasar, setiap tindakan, dan setiap keputusan yang kerajaan ambil.

“Inilah konsep Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang saya bawa untuk pentadbiran ini supaya sayang dan ambil berat terhadap rakyat Melaka,” katanya ketika berucap pada pada Majlis Perasmian Program WRUR Parlimen Jasin: Kampung Kita (DUN Rim) di Dataran Masjid At-Taqwa, Kampung Rim, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Pengerusi Penyelaras WRUR Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Adun Sungai Rambai Datuk Siti Faizah Abd Azis; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Pegawai Daerah Jasin Datuk Rahizi Ranom serta lain-lain kenamaan.

Jelas Ab Rauf, sejak dimulakan pada Januari tahun lalu, WRUR membabitkan sebanyak di 19 Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini telah berjaya menyelesaikan sebanyak 2,633 masalah rakyat daripada keseluruhan 4,027 aduan yang diterima.

Ujar beliau, baki aduan itu tidak dibiarkan begitu sahaja, malah ia sedang dalam tindakan agensi atau jabatan berkaitan, sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

“Ini membuktikan bahawa WRUR adalah sebuah gerakan yang berorientasikan hasil (result-oriented), iaitu sebuah gerakan yang memberi fokus kepada tindakan dan penyelesaian,” ujar beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

347
Kongsi :
Previous post WRUR: LEBIH 300 PROGRAM DEKATI 134,000 RAKYAT JASIN
Next post ‘JIKA MELAKA ADALAH POHON, JASIN ADALAH AKARNYA..’