Sorting by

×

TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA, BUKTI MELAKA RIVER CRUISE SEMAKIN DIKENALI DUNIA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 23 Jun – Produk pelancongan ikonik negeri, Melaka River Cruise mengukuhkan reputasi di pentas antarabangsa apabila meraih dua pengiktirafan berprestij termasuk di peringkat global dan ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, pencapaian itu, sekali gus membuktikan keupayaan produk pelancongan itu bersaing di peringkat dunia.

“Alhamdulillah, PPSPM melakar sejarah apabila menerima dua anugerah. Pertama di peringkat global menerusi kerjasama bersama Trip.com melalui ‘Most Promising Partner Award 2026’ di Shanghai, China.

“Selain itu, kita turut menerima pengiktirafan di peringkat ASEAN di Kuala Lumpur menerusi ‘Asia Tourism Hospitality Award 2025’ bagi kategori ‘Leading River and Coastal Tourism Development Authority’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Jun 2026 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Menurutnya, pengiktirafan itu bukan sahaja mengharumkan nama negeri, malah menjadi pemangkin semangat kepada PPSPM untuk terus mempromosi pelancongan Melaka di peringkat antarabangsa.

“Ia menjadi pembakar semangat kepada PPSPM untuk terus lebih proaktif mempromosikan Melaka River Cruise sebagai antara tarikan utama pelancong dalam dan luar negara.

“Melaka River Cruise sentiasa menjadi antara produk pelancongan ikonik negeri apabila berjaya menarik perhatian pelancong antarabangsa melalui pelbagai platform promosi digital dan kerjasama strategik global,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

507
Kongsi :
Previous post PELANTIKAN JABATAN, BAPA ANGKAT SUNTIK SEMANGAT ATLET SUKMA MELAKA
Next post WRUR RIM: MPJ TEBANG POKOK BERISIKO DEMI KESELAMATAN