MENARA TAMING SARI TAMPIL LEBIH ‘SEGAR’, DIBUKA SEMULA 1 OGOS

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDA HILIR 31 Julai – Selepas hampir sebulan ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan tahunan, Menara Taming Sari dijangka kembali beroperasi pada 1 Ogos dengan penampilan lebih segar menerusi beberapa penambahbaikan demi keselesaan pengunjung.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Mohd Husni Husin berkata, penutupan sementara bermula 6 hingga 31 Julai 2026 bertujuan meningkatkan kecekapan operasi selain memastikan aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Sepanjang tempoh ini pelbagai kerja naik taraf dilaksanakan termasuk mengecat semula bangunan, membersihkan persekitaran, memberikan wajah baharu kepada kedai cenderahati dengan konsep lebih menarik serta lebih segar.

“Kami mahu apabila pengunjung melangkah masuk nanti, mereka akan merasai kelainan dan memberikan reaksi ‘wow’ dengan suasana baharu disediakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Program Cuci Kereta Amal anjuran KKSMTS di Parkir Menara Taming Sari, di sini, pada Rabu.

6289782548057494547
PENGURUS Jualan dan Pemasaran Melaka Taming Sari Berhad (MTSB), Mohd Husni Husin. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Beliau berkata, selain memberi nafas baharu kepada fasiliti sedia ada, penambahbaikan itu diharap dapat meningkatkan pengalaman pengunjung, sekali gus menjadikan Menara Taming Sari terus kekal sebagai antara destinasi pelancongan pilihan di negeri ini.

“Kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman terbaik kepada setiap pengunjung. Sebab itu setiap penambahbaikan dilakukan turut memberi tumpuan kepada aspek kemudahan dan persekitaran di Menara Taming Sari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

513
Kongsi :
Previous post MELAKA SOKONG DASAR PELUANG KEDUA INSOLVENSI
Next post WRUR PAYA RUMPUT, MBMB UBATI KERINDUAN WARGA EMAS TONTON TELEVISYEN