TERIMA KASIH KETUA MENTERI DATANG RUMAH SAYA

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER MOLEK 5 Ogos – Riak wajah ceria jelas kelihatan pada wajah Norsiah Yahya, 73, selepas kediamannya di Kampung Kandang, menerima tetamu istimewa iaitu Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, pada Selasa.

Selain bertanyakan khabar warga emas itu, kunjungan Ketua Menteri adalah untuk melihat sendiri keadaan terkini kediaman Norsiah yang baru sahaja selesai menjalani proses baik pulih.

Katanya, kunjungan Ab Rauf amat dinanti-nantikan kerana baginya bukan semua orang berpeluang untuk berjumpa dengan Ketua Menteri secara langsung.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri kerana sudi singgah ke rumah saya, alhamdulillah kini sudah berwajah baharu. Sebelum ini saya agak keberatan untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih kerana binaan asal menyimpan banyak memori dan nostalgia.

“Kediaman dengan ciri-ciri rumah tradisional Melayu ini sudah berusia 62 tahun, dibina pada tahun 1964 dan ketika itu saya baru 12 tahun. Tetapi atas sebab keselamatan dan ahli keluarga lain saya akur, apa tidaknya rumah sudah tidak selamat kerana banyak kayu sudah reput dimakan anai-anai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Selain Ketua Menteri sebagai tetamu istimewa ziarah itu turut disertai Pengerusi Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat merangkap Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komuniksi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwam Agama negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman.

Norsiah berkata, kerana keunikan seni bina kediamannya kerap menjadi pilihan pelajar kursus fotograsi universiti tempatan bagi menyiapkan tugasan mereka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

385
Kongsi :
Previous post LEBIH 12,000 PESERTA MERIAHKAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN MELAKA 31 OGOS INI
Next post HASIL MELAKA MENINGKAT RM122.7 JUTA