HLN 2026: ELEMEN AIR, ARCA GAJAH JADI IDENTITI PAVILION MPAG

Masa Membaca:55 Saat

PAYA RUMPUT 8 Ogos – Konsep terbuka, mesra alam dan santai diketengahkan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menerusi hiasan Pavilion sempena Hari Landskap Negara (HLN) 2026 Peringkat Kebangsaan di perkarangan Stadium Hang Jebat.

Yang Dipertua MPAG Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, konsep berkenaan mengetengahkan bagaimana ruang tertentu dapat diubah menjadi kawasan yang lebih menarik dan selesa menerusi pengurusan landskap yang berkesan.

Menurutnya, pendekatan itu turut memberi penekanan kepada elemen landskap yang mampu memberikan pengalaman positif kepada pengguna selain mewujudkan suasana lebih dekat dengan alam sekitar.

“Pavilion MPAG berkonsepkan konsep terbuka, lebih kepada mesra dengan alam sekitar dan juga konsep santai.

“Kita nak tunjukkan bahawa ada kawasan-kawasan yang boleh kita jadikan sebagai kawasan yang menarik, dengan hiasan landskap yang berkesan dan memberi aura positif kepada pengguna,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

TPr. Saifuddin berkata, antara keunikan yang diketengahkan menerusi pavilion berkenaan adalah elemen air sebagai salah satu komponen penting dalam reka bentuk landskap.

Selain itu, ujarnya arca gajah turut ditempatkan sebagai elemen utama bagi memperlihatkan identiti serta imej MPAG yang sinonim dengan nama Alor Gajah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

679
Kongsi :
Previous post ‘KECIL-KECIL CILI PADI’, MPJ HARUMKAN NAMA MELAKA
Next post 34 SYARIKAT MELAKA TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA, 2 LAGI MENYUSUL