
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya sempena kemasukan percuma produk pelancongan Melaka pada 31 Ogos 2026.
Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah berkata, sebanyak enam muzium dan galeri dibuka secara percuma kepada orang ramai pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Katanya, lokasi terbabit ialah Muzium Rakyat, Muzium Pertanian di Jasin, Galeri Golf, Galeri Demang Abdul Ghani, Rumah Adat Perpatih Negeri Melaka dan Muzium Belia.
“PERZIM sentiasa memastikan kesiapsiagaan lokasi dan kemudahan pengunjung berada dalam keadaan baik bagi menyambut kedatangan orang ramai sempena kemasukan percuma pada 31 Ogos ini.
“Selain itu, kita turut mengambil inisiatif menyemarakkan suasana Bulan Kebangsaan di seluruh premis muzium dan galeri dengan mengibarkan Jalur Gemilang serta bendera Negeri Melaka sebagai tanda semangat patriotisme selain kecintaan kepada negara,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau berkata, lagu-lagu patriotik dan berunsurkan kemerdekaan turut dimainkan di muzium terpilih bagi mewujudkan suasana sambutan lebih meriah selain menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan pengunjung serta warga kerja.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BN MELAKA SEDIA HADAPI 1,001 KEMUNGKINAN DI 28 DUN
AYER KEROH 1 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka bersedia menghadapi ‘1,001 kemungkinan’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal...
TOK RAUF BERKHIDMAT SEPENUH HATI: PIMPIN MELAKA, JAGA TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 30 September - Menjadi seorang Ketua Menteri dan pada masa sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara...
LEBIH 31,000 RAKYAT MELAKA TERIMA MANFAAT MESRA KEBAJIKAN
AYER KEROH 30 September – Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) menerusi inisiatif...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN TAWAR PENGURANGKAN KOMPAUN, ELAK RAKYAT TERBEBAN TUNGGAKAN
AYER KEROH 30 September - Kebajikan rakyat terus diberikan perhatian menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan merangkumi usaha...
ZIARAH KASIH ‘AH SEM’ BAWA KECERIAAN
MACHAP JAYA 30 September - Pagi yang kebiasaannya agak suram buat A.R Kanasamy, 71, bertukar ceria apabila dia menerima kunjungan...
PENGALAMAN MELAKA URUS TAPAK WARISAN JADI RUJUKAN
BANDA HILIR 30 September - Pengalaman Melaka mengekalkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menjadi rujukan Yayasan Johor Corporation (Yayasan...
