PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 15 Ogos – Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta aktiviti bagi manfaat pengunjung sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan 2026.

Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah berkata, inisiatif dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk mengajak rakyat Malaysia menghayati dan menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui penghayatan sejarah serta warisan negara.

“Ia juga adalah selaras dengan peranan muzium sebagai institusi yang mendidik masyarakat mengenai sejarah, perjuangan dan identiti bangsa,” katanya.

“Kami juga menyediakan pengisian berkaitan kemerdekaan menerusi perkongsian Trivia Kemerdekaan yang memaparkan pelbagai fakta dan informasi sejarah untuk dikongsi kepada orang ramai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, kandungan patriotik turut diperkasakan menerusi platform TikTok PERZIM bagi menarik minat khususnya golongan muda untuk mengenali sejarah dan warisan Melaka.

“Melalui kandungan digital ini, kita berharap lebih ramai masyarakat tertarik untuk mengunjungi muzium serta menjadikan lawatan ke produk pelancongan sejarah dan warisan sebagai pengalaman yang berterusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

548
Kongsi :
Previous post KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN