
20 ‘tahi judi’ termasuk warga asing dicekup polis
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Dua puluh individu termasuk sembilan warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan judi dalam talian di enam premis di Taman Perindustrian Puchong Utama, Bukit Puchong, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kesemua suspek berusia 48 hingga 62 tahun itu terdiri daripada 11 warga tempatan serta sembilan warga Myanmar dan Bangladesh.
Beliau berkata, dalam operasi yang dijalankan jam 5.30 petang itu, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM5,060, 11 telefon, 50 keping kertas bercetak, sekeping kertas bertulis, 10 pencetak mudah alih dan dua batang pencil.
βHasil siasatan awal mendapati premis kedai itu beroperasi sejak tiga hingga empat bulan lalu.
“Premis terbabit menjalankan perjudian loteri awam tanpa lesen.
“Seorang daripada suspek iaitu seorang wanita pernah ditahan tiga kali termasuk hari ini (semalam) kerana kes yang sama,” katanya di lokasi serbuan di Taman Perindustrian Puchong Utama.
Abd Khalid berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 4A(a) dan Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk siasatan lanjut.
βMereka juga ditahan di bawah Seksyen 22(B) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP),” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
KERAJAAN TAWAR PEMBIAYAAN RM14,000 SEHEKTAR UNTUK TANAM SEMULA SAWIT
AYER MOLEK 12 November - Pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang mempunyai pokok berusia lebih 25 tahun digalakkan melaksanakan tanaman...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN DI LENDU, PENYATUAN TANPA PINGGIR KAUM LAIN
LENDU 12 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04...
PELANCONG INDIA TERPESONA MAGIS MELAKA
BANDA HILIR 12 November - Keunikan sejarah, kepelbagaian budaya serta sajian makanan yang ditawarkan menjadikan Melaka sebuah destinasi pelancongan menarik...
GELOMBANG BIRU MEMUNCAK, BN-PN YAKIN RAIH KELEBIHAN DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 November β Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di Melaka dilihat semakin mengukuh menjelang hari pengundian Pilihan...
MSPO BUKTI SAWIT MALAYSIA MAMPAN, TANGKIS DAKWAAN NEGATIF INDUSTRI
AYER MOLEK 11 November - Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjadi instrumen penting dalam mempertahankan kredibiliti industri sawit negara...
PRN MELAKA: DARI SEJARAH KE MASA DEPAN, AB RAUF SASAR MELAKA JADI HAB PELABUHAN
TANJUNG BIDARA 11 November - Melaka berpotensi mengembalikan kegemilangannya sebagai hab pelabuhan penting negara menerusi pembangunan sektor maritim, berasaskan kedudukan...

