110 KEDIAMAN UZUR DIGANTI BAHARU SEPANJANG PENTADBIRAN TOK RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KUALA LUMPUR 12 September – Kerajaan Melaka membina baharu dan membaik pulih kediaman penduduk kurang mampu yang uzur serta daif melalui pelbagai inisiatif sepanjang tempoh pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, sepanjang tempoh pentadbiran beliau sebanyak 110 rumah dibina baharu manakala 110 lagi dipaik pulih.

Katanya, usaha itu bertujuan membantu rakyat kurang mampu memiliki tempat berteduh yang selesa, selamat dan berkualiti.

“Semua ini adalah tanda kasih sayang kita kepada rakyat, menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kita turun padang untuk menyantuni, mendengar pandangan, cadangan, melihat sendiri masalah dihadapi dan menyelami keperluan rakyat Melaka tak kira di bandar atau kampung.

“Selesai ketuk pintu rumah rakyat, kita buka pintu Seri Negeri untuk mereka datang berjumpa dengan kepimpinan Kerajaan Melaka menerusi Program HEBAT (Hari Exco Bertemu Rakyat seterusnya meluahkan masalah serta mencari penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika wawancara has sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Ab Rauf berkata, kedua-dua program itu kemudian disusuli siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita berkonvoi ke semua DUN bukan sahaja untuk bertanya khabar tetapi melihat sendiri kemajuan tindakan bagi penyelesaian permasalahan rakyat.

“Menerusi semua inisiatif ini kita bukan sahaja membaiki dan membaik pulih kediaman rakyat yang uzur, kebajikan mereka yang menghidap penyakit kronik atau terlantar juga menjadi keutamaan.

“Kita turun padang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sampaikan bantuan dan elaun bulanan agar mereka ini dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan lebih baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

505
Kongsi :
Previous post TOK RAUF PUAS DAPAT BAWA DUNIA KE MELAKA 
Next post TELOK BEREMBANG JADI ‘PENTAS’ NELAYAN DARAT, 30 PERAHU BERHIAS SEMARAK MERDEKA