BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

TANJUNG BIDARA 17 September – Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara akan dipastikan membawa impak dan manfaat yang besar kepada segenap lapisan rakyat di DUN ini.

Lebih penting program disusun meringankan dan melapangkan kehidupan asnaf, kumpulan B40 dan golongan kurang berkemampuan yang lain.

Nadia khairunnisa Jelani, 37, berkata, penganjuran Melaka Madani Agro Market bersempena WRUR DUN Tanjung Bidara membolehkan dia mendapatkan barangan keperluan dapur pada harga yang amat berpatutan.

“Keluarga kami dikategorikan sebagai asnaf, apabila ada program seumpama ini saya tidak lepaskan peluang termasuk mendapatkan stok ayam pada harga cuma RM5 sahaja seekor.

“Memang berbaloi meskipun terpaksa beratur panjang dan menunggu hampir satu jam untuk mendapatkan stok ayam, selain itu sayu ditawarkan pula bukan sahaja murah tetapi segar,” katanya ketika ditemui di tapak Melaka Madani Agro Market di Japerun Tanjung Bidara, di sini, semalam.

Katanya, antara tarikan lain buat pengunjung singgah ke program itu adalah agihan anak pokok kelapa, jagung manis dan benih sayur-sayuran.

“Apabila ada tarikan seperti ini anak-anak tidak cepat bosan, selain itu turut berlangsung sambutan kemerdekaan dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak,” katanya.

NADIA (kiri) bersama keluarga ketika ditemui pada Melaka Madani Agro Market bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di Japerun Tanjung Bidara. Foto Afiq Mustaffa

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

277
Kongsi :
Previous post WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
Next post IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU  KEJAYAAN  DI BALAPAN