PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TANJUNG BIDARA 21 September – “Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah,” itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang pertama kali mengunjungi Pesta Pantai Tanjung Bidara yang diadakan bersekali dengan Festival Seni Selat dan Sungai Melaka 2026.

Norhayati, 51, berkata, penganjuran pesta berkenaan ternyata amat meriah apabila pelbagai program menarik disediakan untuk pengunjung sepanjang berlangsungnya acara itu.

Katanya, peluang menaiki bot secara percuma yang disediakan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) turut menjadi antara pengalaman menarik yang tidak disangka.

“Sebelum ini saya tidak pernah datang dan memang tidak sangka penganjurannya luar biasa kerana pelbagai program diadakan.

“Jadi tidak hairan kenapa ia dikunjungi ramai dan mendapat sambutan. Boleh katakan saya dan anak kami teruja serta seronok ditambah pula ada tawaran kenaikan bot percuma,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

IMG 20260919 WA0013
NORHAYATI.

Norhayati berkata, tawaran diberikan itu memberi peluang kepada penduduk Melaka untuk menikmati pengalaman menaiki bot selain melihat keindahan kawasan pantai Tanjung Bidara.

“Ini peluang terbaik untuk penduduk Melaka merasai pengalaman naik bot dan pada masa sama menikmati keindahan pantai Tanjung Bidara.

“Penganjuran pesta pantai ini merupakan inisiatif amat baik untuk menarik lebih ramai pelancong bukan sahaja untuk datang ke Melaka tetapi ke Pantai Tanjung Bidara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

639
Kongsi :
Previous post AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
Next post TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU