CADANGAN BERHUBUNG IPD HANG TUAH JAYA SUDAH DIANGKAT KE BUKIT AMAN

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI BENDAHARA 23 September – Cadangan penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya sudah diangkat ke Bukit Aman, tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar berkata, cadang penubuhan IPD baharu iaitu IPD Hang Tuah Jaya kini sedang dalam kajian Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Untuk penubuhan IPD Hang Tuah Jaya ia sudah diangkat ke Bukit Aman sejak tahun lagi dan masih dalam peringkat kajian selain kita akan membuat tindakan susulan dari semasa ke semasa.

“Lokasi terletak dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan cadangan penubuhan IPD ini merupakan satu keperluan berikutan pertambahan populasi penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Pesara Polis Diraja Malaysia Negeri Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di Seri Bendahara, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memantau kandungan di platform media sosial sepanjang tempoh berkenaan.

“Kita telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama MCMC berkaitan perkara yang membabitkan dalam talian khususnya kandungan media sosial.

“Justeru itu saya ingin mengingatkan kepada semua masyarakat supaya tidak menggunakan media sosial sebagai bahan untuk mengadu domba perkara yang tidak betul dan berunsir fitnah termasuk berkaitan isu 3R (race, religion and royalty),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

307
Kongsi :
Previous post LEBIH 50,000 MERIAHKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
Next post BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA