PENJAWAT AWAM PERLU HATI-HATI KONGSI MAKLUMAT

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 28 September – Penjawat awam diingatkan supaya lebih cakna dan berhati-hati ketika berkongsi penyataan awam atau maklumat berkaitan urusan kerajaan khususnya di medium media sosial.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh mengingatkan bahawa setiap penjawat awam adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan bertanggungjawab memastikan setiap maklumat rasmi dikendalikan mengikut peraturan ditetapkan.

“Tanggungjawab menjaga kerahsiaan bukan sekadar melibatkan dokumen atau maklumat rasmi, sebaliknya perlu diberi perhatian dalam setiap saluran komunikasi yang digunakan penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bil. 9/2026 di Dewan Taming Sari MBMB, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Maslina Baki; Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman; Setiausaha MBMB Muhammad Firdaus Shariff dan Ketua Ahli Majlis MBMB Clr. Mustafa Mohamed Baboo.

Menurutnya, perkembangan media sosial yang membolehkan maklumat dikongsi dengan pantas menuntut penjawat awam agar lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau perkongsian kepada umum.

“Setiap maklumat berkaitan urusan rasmi perlu diurus berdasarkan ketetapan keselamatan dan peraturan yang sedang berkuat kuasa bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

674
Kongsi :
Previous post PENJAWAT AWAM JANGAN ‘CURANG’ DALAM LAKSANA AMANAH – SALHAH
Next post DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN