ZIARAH KASIH ‘AH SEM’ BAWA KECERIAAN

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MACHAP JAYA 30 September – Pagi yang kebiasaannya agak suram buat A.R Kanasamy, 71, bertukar ceria apabila dia menerima kunjungan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem.

Sesekali menerima tetamu dianggap sebagai momen istimewa buat Kanasamy yang kini menghadapi kesukaran untuk berjalan sejak setahun lalu akibat serangan angin ahmar.

Anak perempuannya K Maylee, 45, berkata kunjungan ziarah kasih oleh Hee Sem bersama wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tebong Stesen ke rumah mereka sedikit sebanyak membawa keceriaan buat ayahnya.

“Sejak pagi riak wajah ayah kelihatan cukup gembira malah dia tidak sabar menanti kunjungan ziarah kasih. Kunjungan ini bukan sahaja menunjukkan keprihatinan Datuk bertanya khabar terhadap penduduk malah memberi ruang untuk ayah berkongsi cerita.

“Kunjungan ini bukan pertama kali, sebelum ini Datuk bersama JPKK sudah datang dan bertanya khabar,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Tebong Stesen, di sini, hari ini.

Menurut anak kedua dari lima beradik itu juga, mewakili keluarga dia berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas bantuan sumbangan disalurkan kepada bapanya kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan perbelanjaan.

“Ketika ini bapa menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), apa yang disalurkan memang amat membantu kami sekeluarga terutamanya bagi membiayai kos membawa ayah untuk mendapatkan rawatan susulan dan pemeriksaan kesihatan.

“Terima kasih bukan sahaja untuk Kerajaan Negeri tetapi juga Datuk dan wakil JPKK kerana sentiasa cakna dan mengambil berat tentang ayah saya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

758
Kongsi :
Previous post PENGALAMAN MELAKA URUS TAPAK WARISAN JADI RUJUKAN
Next post MESRA KERAJAAN TEMPATAN TAWAR PENGURANGKAN KOMPAUN, ELAK RAKYAT TERBEBAN TUNGGAKAN