BELANJAWAN 2027: PAYA RUMPUT ANTARA EMPAT LOKASI PROJEK PRR BAHARU

Masa Membaca:51 Saat

KUALA LUMPUR 9 Oktober – Paya Rumput, Melaka menjadi sebagai antara empat lokasi pelaksanaan projek perumahan baharu menerusi Program Residensi Rakyat (PRR) di bawah Belanjawan 2027.

Ia sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai rakyat menikmati kediaman yang selesa dan mampu dimiliki.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hampir RM1 bilion disediakan bagi pelaksanaan projek perumahan termasuk Rumah Mesra Rakyat dan PRR di seluruh negara.

“Hampir RM1 bilion disediakan untuk projek seperti Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 bertemakan Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain Paya Rumput, tiga lagi lokasi yang dikenal pasti bagi pelaksanaan projek perumahan baharu itu ialah Kulai, Johor; Nilai, Negeri Sembilan; dan Lembah Pertang, Terengganu.

Sebelum ini, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, PRR Paya Rumput bakal dibangunkan di kawasan Taman Paya Emas, merangkumi sebanyak 280 unit rumah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

332
Kongsi :
Previous post BELANJAWAN 2027: GAJI MINIMUM NAIK RM2,000 BERMULA JUN 2027
Next post BELANJAWAN 2027: KERAJAAN BERTEKAD KURANGKAN RISIKO BANJIR SUNGAI RAMBAI