PRN MELAKA: JEZLEE SEDIA GALAS AMANAH DEMI RAKYAT SUNGAI RAMBAI

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 26 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai Jezlee Pit, bertekad memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu khususnya dalam aspek kebajikan dan pembangunan.

Beliau berkata, amanah yang diberikan itu akan dilaksanakan sebaik mungkin selaras dengan hasrat BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Untuk Sungai Rambai, insya-Allah, kita cuba buat yang terbaik dan saya percaya inilah hasrat BN daripada dahulu hingga sekarang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas pemilihannya sebagai calon, Jezlee berkata, beliau tidak terlalu terkejut kerana menyedari namanya berkemungkinan berada dalam senarai calon berdasarkan kedudukannya dalam parti.

Katanya, proses pemilihan calon dalam politik merupakan perkara biasa, termasuk keputusan untuk mengekalkan atau menggantikan calon.

“Bagi saya, ini satu proses biasa. Tidak ada yang terlalu mengejutkan kerana ada atau tidak ada (sebagai calon), kita tetap berkhidmat untuk parti.

“Saya tidaklah terkejut kerana kita tahu, apabila berada dalam satu posisi kanan dalam parti, sudah pasti nama kita ada dalam senarai. Cuma, mungkin itu satu amanah yang diberikan kepada saya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

267
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: CIKGU ROSLI RANGKA PEMBANGUNAN INKLUSIF DI KUALA LINGGI