PRN MELAKA: DR. AKMAL SALEH CALON NOMBOR 1 DUN MERLIMAU

Masa Membaca:54 Saat

MERLIMAU 31 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menjadi calon nombor satu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Nombor itu diperoleh selepas membuat cabutan undi pada penamaan calon di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Platinum Politeknik Merlimau, di sini, hari ini.

Dr. Muhamad Akmal Saleh yang juga penyandang kerusi DUN Merlimau memperoleh calon nombor satu dan calon Pakatan Harapan (PH), Rahayu Hamzah memperoleh calon nombor dua.

Keputusan nombor calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairil Hafiz Yahya selepas proses penamaan dan pengundian nombor calon selesai dilaksanakan.

Pada PRN Melaka 2021 yang lalu, Dr. Muhamad Akmal Saleh berjaya memenangi kerusi DUN Merlimau bagi BN dengan memperoleh 5,633 undi dan majoriti 3,248 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH), Cikgu Azrin Ab Majid yang memperoleh 2,385 undi serta calon Perikatan Nasional (PN), Abd Alim Shapie dengan 1,622 undi.

Hari pengundian awal ditetapkan pada 10 November ini, manakala hari pengundian berlangsung pada 14 November.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

397
Kongsi :
Previous post AHMAD ZAHID SOKONG CSA DIPERLUAS KEPADA PARTI LAIN TERMASUK PEMBANGKANG
Next post PRN MELAKA: CALON TERMUDA BERUSIA 24 TAHUN