PUJIAN CALON PH: TOK RAUF TAK ANGGAP TIKET UNTUK SELESA

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER LIMAU 1 November – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh tidak menganggap pujian calon Pakatan Harapan (PH) terhadap rekod prestasinya sebagai satu keselesaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Sebaliknya, beliau menyifatkan pandangan itu sebagai gambaran bahawa pihak lawan turut menyedari usaha yang telah dilaksanakan dalam menguruskan rakyat.

Menurutnya, tanggungjawab menguruskan rakyat tidak boleh dilaksanakan secara sambil lewa, sebaliknya perlu disertai usaha memastikan kepimpinan yang diberikan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat.

“Bagi kita yang nak menguruskan rakyat ini, kita tidak boleh datang dengan keselesaan.

“Sememangnya kita telah persembahkan dalam Tanjung Bidara usaha mempertingkatkan lagi kualiti Tanjung Bidara sebagai pantai pelancongan,” katanya ketika ditemui selepas Sarapan Pagi di sebuah warung di Pekan Ayer Limau, di sini, hari ini.

Ab Rauf turut menghargai pandangan calon PH itu, namun menegaskan bahawa perkara berkenaan tidak menjadikannya selesa dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16.

Sebaliknya, beliau berkata, pandangan itu menjadikannya lebih bertanggungjawab terhadap rakyat di kawasan berkenaan.

“Pandangan yang dia beri itu saya amat hargai, tapi saya tidak menganggap itu sebagai satu ujian ataupun keselesaan.

“Itu menjadikan saya lebih bertanggungjawab terhadap rakyat Tanjung Bidara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

636
Kongsi :
Previous post ‘JANJI RAZAK’ BUAT PENDUDUK TELOK MAS
Next post PRN MELAKA: SEJAK 2005 DEKATI RAKYAT, BAN HONG MAHU PACU MASA DEPAN KLEBANG