
Jamali Shadat meninggal dunia
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Pelawak veteran popular, Datuk Jamali Shadat meninggal dunia, 8.30 pagi, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, berita sedih pemergian Allahyarham pada usia 78 tahun dimaklumkan oleh cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.
Menurut Isyraq Ariff pemergian datuknya disedari pakciknya pagi tadi sebelum disahkan oleh doktor.
Katanya, urusan proses pengebumian belum akan dimaklumkan kemudian.
Memetik laporan Berita Harian, Jamali sebelum ini dilaporkan uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan yang mana ia dikaitkan dengan kehilangan isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018.
Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.
Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN ELAK POLITIK JAHAT, KEBENCIAN DAN HASUTAN
SERI NEGERI 7 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka menyeru seluruh jenteranya mengelakkan kempen berunsur kebencian, hasutan, fitnah dan prasangka...
PRN MELAKA: SPR BUKA PERMOHONAN PEMERHATI PILIHAN RAYA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka peluang kepada agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta mana-mana...
PRN MELAKA LIBATKAN KOS RM28.45 JUTA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Melaka dijangka melibatkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM28.45 juta. Pengerusi Suruhanjaya...
PRN MELAKA: SPR PERKENAL SISTEM OCR-VA, PERCEPAT SEMAKAN KEHADIRAN PENGUNDI
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperluaskan pelaksanaan projek rintis Sistem Optical Character Recognition – Voter...
MELAKA MEMILIH PADA 14 NOVEMBER, 687,697 RAKYAT LAYAK MENGUNDI
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Rakyat Melaka akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: 14 HARI TEMPOH BERKEMPEN
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas...
