PRN MELAKA: SPR BUKA PERMOHONAN PEMERHATI PILIHAN RAYA

Masa Membaca:53 Saat

KOTA LAKSAMANA 7 Oktober – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka peluang kepada agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta mana-mana badan yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pemerhati yang dilantik berpeluang memantau perjalanan proses pilihan raya bermula pada Hari Penamaan Calon iaitu 31 Oktober sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.

“Skop pemerhatian meliputi proses di Pusat Penamaan Calon (PPC), pusat-pusat mengundi, tempat pengiraan undi serta Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU), tertakluk kepada syarat pelantikan yang ditetapkan SPR,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-16, di sini, hari ini.

Beliau berkata, maklumat lanjut dan borang permohonan berkaitan pemerhati pilihan raya boleh diperolehi dari Portal SPR www.spr.gov.my bermula 7 Oktober dan tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Oktober 2026.

Beliau turut mengingatkan semua pemerhati yang dilantik supaya mematuhi segala syarat dan ketetapan sepanjang menjalankan pemerhatian proses pilihan raya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

417
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA LIBATKAN KOS RM28.45 JUTA
Next post PRN MELAKA: BN ELAK POLITIK JAHAT, KEBENCIAN DAN HASUTAN