MAIM RAI KEJAYAAN GRADUAN ANAK MELAKA DI MESIR

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 4 November – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada graduan anak Melaka di Mesir yang berjaya menamatkan pengajian, sekali gus mengiktiraf kesungguhan mereka menimba ilmu di perantauan.

Penghargaan itu dizahirkan menerusi Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Anak Melaka Mesir 2026 yang berlangsung baru-baru ini, bagi meraikan graduan serta pelajar anak Melaka yang memperoleh pencapaian akademik cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing.

MAIM menerusi satu kenyataan memaklumkan, kejayaan berkenaan mencerminkan kesungguhan dan komitmen anak Melaka dalam menuntut ilmu meskipun berada jauh dari tanah air.

“Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ditimba sepanjang pengajian menjadi bekalan berharga untuk graduan terus melangkah maju serta menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara,” menurut kenyataan itu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengarah Education Malaysia Egypt, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin dan Atase Pendidikan Negeri Melaka, Muhammad Hafizi Ab Kadir.

MAIM berharap kejayaan graduan berkenaan dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda Melaka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Pada masa sama, graduan yang diraikan diharap dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negeri Melaka pada masa hadapan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

530
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: ‘AYER MOLEK SATU HATI’ JADI SLOGAN RIDHWAN
Next post MANGSA POKOK TUMBANG DAPAT PERHATIAN ACIK ZUL