
Gas Malaysia) melanjutkan pengecualian caj gas untuk pelanggan terpilih
KUALA LUMPUR, 3 Feb. – Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) melanjutkan pengecualian caj gas asli untuk hospital kerajaan, kuarters kakitangan kerajaan terpilih dan perumahan awam dalam persekitaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Gas Malaysia Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, sebagai penyedia perkhidmatan penting, syarikat itu memainkan peranan penting dalam menyediakan langkah-langkah bantuan dan membantu mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Pengecualian dilanjutkan tiga bulan dari Januari hingga Mac, 2021 untuk membantu meringankan beban pelanggan membayar caj gas bulanan dan memberikan fleksibiliti kepada kepada mereka dalam waktu yang mencabar ini,” katanya.
Gas Malaysia berkata, bil gas yang dikeluarkan kepada pelanggan terpilih itu akan diberi diskaun 100 peratus hingga bulan Mac.
Inisiatif tersebut disediakan Gas Malaysia Energy and Services Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya Gas Malaysia adalah usaha berterusan daripada langkah-langkah bantuan COVID-19 sebelum ini yang memfokuskan kepada hospital kerajaan dan juga pelanggan kediaman dengan mensasarkan golongan B40 dan M40.
Views:
Related

Berita Lain
5 PENCAPAIAN UTAMA WRUR BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 20 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil yang berlangsung selama...
1,704 ADUAN RAKYAT DISELESAIKAN MENERUSI WRUR – AB RAUF
BANDA HILIR 20 Disember – Kerajaan Negeri menerima sebanyak 2,245 aduan rakyat menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang...
WRUR BAWA IMPAK BESAR KEPADA 50,000 WARGA BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 20 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil memberi impak besar...
WRUR BUKIT KATIL LABUH TIRAI, 255 SUARA RAKYAT DIDENGARI
BUKIT KATIL 20 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil yang berlangsung selama...
RAIKAN KRISMAS SECARA BIJAK, HORMATI GARIS PANDUAN HALAL – AB RAUF
BANDA HILIR 20 Disember – Isu dekorasi sempena perayaan Krismas tidak wajar diperbesarkan dan tidak menjejaskan dasar kerajaan mengenai pensijilan...
‘DEWAN BUKAN MEDAN PERANG, TAPI UNTUK MEMBELA RAKYAT’ – AB RAUF
BANDA HILIR 20 Disember – Parlimen dan Dewan Undangan Negeri merupakan medan berwacana untuk menzahirkan pendapat, pandangan serta membela keperluan...

