
Gas Malaysia) melanjutkan pengecualian caj gas untuk pelanggan terpilih
KUALA LUMPUR, 3 Feb. – Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) melanjutkan pengecualian caj gas asli untuk hospital kerajaan, kuarters kakitangan kerajaan terpilih dan perumahan awam dalam persekitaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Gas Malaysia Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, sebagai penyedia perkhidmatan penting, syarikat itu memainkan peranan penting dalam menyediakan langkah-langkah bantuan dan membantu mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Pengecualian dilanjutkan tiga bulan dari Januari hingga Mac, 2021 untuk membantu meringankan beban pelanggan membayar caj gas bulanan dan memberikan fleksibiliti kepada kepada mereka dalam waktu yang mencabar ini,” katanya.
Gas Malaysia berkata, bil gas yang dikeluarkan kepada pelanggan terpilih itu akan diberi diskaun 100 peratus hingga bulan Mac.
Inisiatif tersebut disediakan Gas Malaysia Energy and Services Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya Gas Malaysia adalah usaha berterusan daripada langkah-langkah bantuan COVID-19 sebelum ini yang memfokuskan kepada hospital kerajaan dan juga pelanggan kediaman dengan mensasarkan golongan B40 dan M40.
Views:
Related

Berita Lain
SALHAH MAHU KAWASAN LAPANG ‘DIHIJAUKAN’, BERI MANFAAT KEPADA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
AYER KEROH 29 September - Kerajaan Negeri mahu kawasan lapang yang disediakan dalam pembangunan perumahan di Melaka dimanfaatkan sebaiknya bagi...
DULU SELENGGARA SENAPANG, KINI TUAI CENDAWAN
AYER LIMAU 29 September - Jika dahulu rutin hariannya bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dipenuhi tugas membaiki dan menyelenggara sistem...
JIMAT RM50, TAPI DAPAT BELI MACAM-MACAM
PENGKALAN BATU 29 September - Kupon bernilai RM50 yang diagihkan kepada orang ramai bersempena Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) amat...
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...

