PRN MELAKA: BIRU BN MASIH MENYALA DI LENDU

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

LENDU 11 November – Barisan Nasional (BN) Melaka yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu mampu menyumbang satu kerusi kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, keyakinan itu berdasarkan persiapan jentera pilihan raya di kawasan berkenaan yang disifatkan berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi menghadapi hari pengundian.

“Saya tengok persiapan jentera juga sudah bersiap siaga pada tahap yang paling tinggi untuk menghadapi pilihan raya pada 14 November ini.

“Saya yakin bahawa N.04 Lendu ini juga boleh menyumbang satu kerusi daripada lima kerusi yang dipertandingkan di bawah Parlimen Masjid Tanah.

“Insya-Allah, di Masjid Tanah saya telah selesai semua DUN dan saya lihat semangat untuk mereka mengundi pada 14 November ini juga begitu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan DUN Lendu, di sini, hari ini.

Hadir sama, calon nombor 1 N.04 DUN Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid.

Mengulas dakwaan penyandang terdahulu tidak membantu gerak kerja kempen pilihan raya kali ini, Ab Rauf menolak pandangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai kenyataan yang tidak membina.

“Itu semua tak berlaku. Itu hanya cakap-cakap yang dipanggil tidak memberikan manfaat dan membangunkan minda,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

417
Kongsi :
Previous post PECUTAN AKHIR PRN, HAMEED DEKATI 2,000 PENGUNDI LUAR AYER LIMAU