PRN MELAKA: NADARAJAH SELESAI MENGUNDI DI SK SERI DUYONG

Masa Membaca:58 Saat

DUYONG 14 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.07 Gadek, S. Nadarajah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi apabila hadir membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, di sini, pagi ini.

Beliau tiba di pusat mengundi kira-kira jam 9.05 pagi sebelum menyelesaikan proses pengundian di saluran yang ditetapkan.

S. Nadarajah yang juga calon nombor empat berdepan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi DUN Gadek dengan dicabar K. Jegasilan daripada Pakatan Harapan (DAP), B. Laveen (BERSAMA) dan Laila Norinda Maon (PUTRA).

PRN Melaka ke-16 menyaksikan seramai 79 calon bertanding bagi merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan keseluruhan 687,697 pemilih berdaftar layak mengundi.

Daripada jumlah itu, seramai 675,166 merupakan pengundi biasa, manakala 12,531 lagi terdiri daripada anggota tentera, pasangan dan anggota polis yang telah diberikan peluang menunaikan tanggungjawab melalui pengundian awal serta undi pos.

Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran disediakan di seluruh negeri bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Pilihan raya kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Melaka ke-15 pada 23 September lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

341
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: DR. AKMAL SELESAI TUNAI TANGGUNGJAWAB MENGUNDI DI SK MERLIMAU
Next post PRN MELAKA: FAIRUL NIZAM SELESAI BUANG UNDI DI SK SERI MACHAP