RAIS DILANTIK EXCO AGAMA, PEMBANGUNAN USAHAWAN, KOPERASI DAN KOS SARA HIDUP

Masa Membaca:39 Saat

SERI NEGERI 19 November – Datuk Rais Yasin dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu bagi menerajui portfolio Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, pada majlis yang berlangsung di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Pelantikan itu menyaksikan Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang akan menjawat portfolio baharu pada penggal ke-16.

Sebelum ini, beliau dipertanggungjawabkan di bawah portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri.

Di bawah portfolio baharu, Rais akan dibantu Adun Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid selaku Timbalan Exco.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

233
Kongsi :
Previous post ABDUL RAZAK DILANTIK EXCO PERUMAHAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN KEMAJUAN DESA
Next post KHAIDHIRAH DILANTIK EXCO WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT