LIM BAN HONG EXCO KESIHATAN BAHARU MELAKA

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 19 November – Datuk Wira Lim Ban Hong dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu bagi menerajui portfolio  Kesihatan dan Modal Insan.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, pada majlis yang berlangsung di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Turut hadir menyaksikan majlis angkat sumpah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh dan Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Khairul Azreem Mamat.

Pelantikan itu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang itu menggantikan Datuk Ngwe Hee Sem bagi portfolio berkenaan.

Manakala, Adun Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin dilantik sebagai Timbalan Exco.

Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada penyusunan pentadbiran baharu selepas pembentukan Kerajaan Negeri susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Gabungan BN dan PN pada pilihan raya berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas menang 24 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

257
Kongsi :
Previous post KHAIDHIRAH DILANTIK EXCO WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Next post MUHAMMAD RIDZUAN TERAJUI PORTFOLIO PERTANIAN, ALAM SEKITAR DAN PENGURUSAN BENCANA