
‘Kita belum menang’, rakyat Melaka mohon bersabar dua minggu lagi.
AYER KEROH 17 Feb – Ketetapan kerajaan yang mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri termasuk dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah keputusan tepat bagi mengurangkan kes positif COVID-19 di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, meskipun negeri ini merekodkan penurunan kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh tiga hari berturut-turut sejak Ahad lalu, namun kerajaan negeri mengharapkan rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terbaharu itu.
Katanya, ia penting bagi memastikan kadar jangkitan berada pada tahap terkawal sekali gus memastikan Melaka kembali menjadi zon hijau.
“Walaupun PKPB (mulai Jumaat ini), namun SOP tidak boleh merentas daerah dan negeri adalah kaedah terbaik buat masa ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri ini yang memberikan kerjasama dan patuh kepada arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Bagaimanapun, kita masih belum menang dan kerajaan negeri mengharapkan rakyat memahami ketetapan SOP baharu itu serta memberikan kerjasama.
“Saya mohon rakyat bersabar dan bertahan dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
PAIP, JALAN DAN SALIRAN JADI KEUTAMAAN 100 HARI RIDZUAN DI BUKIT KATIL
SERI NEGERI 17 November - Penyelenggaraan paip, jalan raya dan sistem perparitan antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit...
AB RAUF SASAR TUNAI JANJI MANIFESTO MENGIKUT MASA DITETAPKAN
SERI NEGERI 17 November - Enam teras dan 113 inisiatif manifesto yang dijanjikan kepada rakyat akan dilaksanakan mengikut tempoh masa...
AB RAUF MAHU WAKIL RAKYAT TURUN PADANG, BUKAN DUDUK DI PEJABAT
SERI NEGERI 17 November โ Setiap wakil rakyat di Melaka perlu mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memastikan amanah diberikan...
WAKIL BN-PN ADA DALAM BARISAN EXCO MELAKA – AB RAUFย
SERI NEGERI 17 November โ Wakil parti politik dalam gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam...
KEMBALI DENGAN MANDAT, AKMAL TERUS SANTUNI ADUAN RAKYAT
MERLIMAU 17 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh tidak menunggu lama untuk menyambung...
MUTIARA: MAIM RAI KEJAYAAN ANAK YATIM, ASNAF
BANDARAYA MELAKA 17 November - Kejayaan anak-anak asnaf dan yatim dalam bidang akademik serta pembentukan sahsiah terus diberi pengiktirafan oleh...
