
‘Kita belum menang’, rakyat Melaka mohon bersabar dua minggu lagi.
AYER KEROH 17 Feb – Ketetapan kerajaan yang mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri termasuk dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah keputusan tepat bagi mengurangkan kes positif COVID-19 di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, meskipun negeri ini merekodkan penurunan kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh tiga hari berturut-turut sejak Ahad lalu, namun kerajaan negeri mengharapkan rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terbaharu itu.
Katanya, ia penting bagi memastikan kadar jangkitan berada pada tahap terkawal sekali gus memastikan Melaka kembali menjadi zon hijau.
“Walaupun PKPB (mulai Jumaat ini), namun SOP tidak boleh merentas daerah dan negeri adalah kaedah terbaik buat masa ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri ini yang memberikan kerjasama dan patuh kepada arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Bagaimanapun, kita masih belum menang dan kerajaan negeri mengharapkan rakyat memahami ketetapan SOP baharu itu serta memberikan kerjasama.
“Saya mohon rakyat bersabar dan bertahan dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
INDUSTRI NANAS MELAKA TERUS BERKEMBANG
BANDA HILIR 28 Jun - Industri nanas di Melaka terus mencatat perkembangan memberangsangkan apabila keluasan tanaman komoditi itu meningkat lebih...
1,000 PESERTA MERIAHKAN KARNIVAL CERIA SIMPAN SSPN
BANDARAYA MELAKA 28 Jun - Karnival Ceria Simpan SSPN (KCS) 2026 berlangsung dalam suasana meriah dengan penglibatan kira-kira 1,000 orang...
MELAKA PERUNTUK RM4.41 JUTA PERKASA PROGRAM PEMULIHAN OKU
SERKAM 28 Jun - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM4.41 juta bagi menyokong pelaksanaan Program Pemulihan Dalam...
360 CALON SPM MELAKA NIKMATI TUISYEN MATEMATIK TAMBAHAN PERCUMA
MERLIMAU 28 Jun - Seramai 360 pelajar Tingkatan Lima di Melaka bakal menikmati tuisyen Matematik Tambahan secara percuma menerusi Program...
SERKAM DUN PERTAMA DI MELAKA MILIKI LOKAR UBAT, PUSAT REHABILITASI KOMUNITI
SERKAM 28 Jun - Serkam menjadi Dewan Undangan Negeri (DUN) pertama di negeri ini yang memiliki perkhidmatan Lokar Ubat menerusi...
LAMAN BROMELIAD JADI TARIKAN PELANCONGAN BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menjalin kerjasama strategik menerusi...
