
Dua ahli Parlimen PKR serah akuan bersumpah sokong kerajaan PN
KUALA LUMPUR 28 Feb. – Dua Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan menyerahkan akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi beliau berkata akuan bersumpah itu diserahkan oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon.
“Akaun bersumpah itu ditandatangani dan diserahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya,” katanya.
Beliau yang melahirkan rasa syukur berkata sokongan itu tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik COVID-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA AGROFEST 2026 SASAR JUALAN RM1.6 JUTA
AYER KEROH 26 Julai - Melaka Agrofest 2026 menyasarkan nilai jualan RM1.6 juta, dengan jumlah pengunjung seramai 50,000 orang sepanjang...
ZOO MELAKA TAMPIL DENGAN IMEJ BAHARU, LEBIH MODEN DAN MESRA PENGUNJUNG
AYER KEROH 26 Julai - Zoo Melaka kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden, ceria dan mesra pengunjung menerusi...
2 JIWA 1 HATI MEDAN PENYATUAN
SUNGAI UDANG 26 Julai - Pertandingan Menembak Pistol sempena Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform...
TYT HAYATI MAGIS CINTA QAIS DAN LAILA DI PANGGUNG BANGSAWAN
BANDARAYA MELAKA 25 Julai - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyaksikan pementasan...
ZOO MELAKA, PPSPM LANCAR BOT HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 25 Julai - Zoo Melaka terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)...
WRUR PANTAI KUNDOR: KES DENGGI MELAKA TURUN 45.5 PERATUS, SIFAR KEMATIAN
PANTAI KUNDOR 25 Julai - Melaka merekodkan penurunan 45.51 peratus kes demam denggi bagi tempoh sehingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-28...

