
Empangan air di Melaka kembali penuh
AYER KEROH 7 Mac – Paras air di tiga empangan air di negeri ini menghampiri paras penuh susulan hujan lebat yang melanda negeri ini sejak petang semalam dan tengah hari ini.
Ia sekaligus melegakan rakyat negeri yang sebelum ini menghadapi cuaca panas terik sejak lebih dua minggu lalu walaupun beberapa kawasan khususnya di daerah Melaka Tengah dilanda banjir kilat petang semalam.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, tiga empangan utama negeri, iaitu Empangan Durian Tunggal, Jus dan Asahan kini melebihi 70 peratus penuh.
“Mengikut data diperoleh hari ini, Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah yang boleh menampung 22,013 juta liter air berada pada tahap 70.6 peratus penuh.
“Manakala dua empangan di Jasin iaitu Empangan Jus yang berkapasiti 36,365 juta liter pula merekodkan 84.1 peratus penuh diikuti Empangan Asahan 99.9 peratus penuh dengan kapasiti 695 juta liter air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Sulaiman memberi jaminan bekalan air di semua empangan di negeri ini mampu bertahan sehingga September depan meskipun negara sedang berdepan cuaca panas yang dijangka berlarutan sehingga pertengahan April depan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEGENDA BIPANG, KUIH BAKUL TIGA GENERASI
ASAHAN 13 Mei - Tradisi menghasilkan kuih bipang dan kuih bakul setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina terus dipelihara di...
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
