
Cucu ugut bunuh nenek
JOHOR BAHRU 23 April. – Seorang lelaki yang mengugut untuk membunuh neneknya sendiri menggunakan pisau gara-gara tidak mendapat wang seperti diminta ditahan polis di Kampung Batu 16, Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 23 tahun itu didakwa melakukan ugutan tersebut ketika neneknya berada dalam rumah pada 6 petang.
“Dia datang ke rumah dalam keadaan marah kerana tidak diberikan wang seperti diminta sambil mengacukan sebilah pisau dan mengugut akan menyembelih mangsa jika tidak memberikan wang.
“Kerana ketakutan, mangsa yang berusia 75 tahun telah melarikan diri ke rumah jiran untuk meminta pertolongan sebelum jirannya menghubungi polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Sohaimi berkata susulan laporan itu, polis telah pergi ke rumah berkenaan dan membuat tangkapan ke atas lelaki terbabit pada 12.05 tengah malam, serta merampas sebilah pisau berukuran 24 sentimeter (cm) panjang.
“Hasil semakan lampau mendapati cucu nenek berkenaan penganggur dan mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod berkaitan dadah.
“Dia kini ditahan reman selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PPSPM GANDA TARIKAN MELAKA RIVER CRUISE, ADD-ON SERENDAH RM5
DUYONG 30 Oktober - Pengalaman menelusuri Sungai Melaka menerusi Melaka River Cruise kini lebih menarik apabila pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai...
PRN MELAKA: RIDZUAN SEDIA BAWA SUARA RAKYAT BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 30 Oktober - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Ridzuan Sarif, bertekad menggalas...
‘YB ALONG’ BANTU ROSMARIA BINA SEMULA KEHIDUPAN
ASAHAN 30 Oktober – Kehilangan suami menjadi titik perubahan besar dalam kehidupan Rosmaria Arshad, 43, namun keprihatinan penyandang kerusi Dewan...
BARU 16 TAHUN SUDAH CIPTA REKOD, LI REN IDAM HADIAHKAN EMAS UNTUK NEGARA
BANDA HILIR 30 Oktober - Baru berusia 16 tahun, atlet muda Melaka, Tan Li Ren membuktikan usia bukan penghalang untuk...
TOK RAUF TERHARU JUALAN MURAH DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA ORANG MASJID TANAH
MASJID TANAH 30 Oktober - Lebih 3,000 penduduk sekitar Masjid Tanah sanggup beratur untuk membeli ayam ditawarkan pada harga RM5...
PRN MELAKA: 189 BORANG CALON DIBELI, 45 SUDAH BAYAR DEPOSIT – SPR
PAYA RUMPUT 30 Oktober - Sebanyak 189 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 telah dibeli setakat...
