
Bekalan air Melaka dijangka mencukupi hingga awal 2021
AYER KEROH 1 Jul – Bekalan air di Melaka dijangka mencukupi sehingga awal tahun hadapan, kata Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali.
Jelasnya, ia berikutan paras empangan-empangan utama Melaka termasuk Empangan Durian Tunggal mencatat bacaan 93 peratus pada 27 Jun 2020.
“Bacaan itu jauh lebih baik berbanding pada tarikh yang sama tahun 2019, di mana, jumlah takungan hanya 50 peratus.
“Ia menunjukkan tindakan segera bersifat jangka pendek dan panjang oleh kerajaan negeri dan agensi terlibat menunjukkan hasil positif bagi memastikan kelangsungan bekalan air kepada masyarakat di Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Amanat Ketua Menteri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini, sebentar tadi.
Menurutnya, antara usaha yang telah dijalankan sepanjang tempoh pentadbirannya ialah meneruskan pelaksanaan Projek Pembinaan Empangan Jernih pada tahun semasa, selain turut menggerakkan Projek Off River Storage (ORS).
Selain itu, katanya, pihaknya juga sedang melaksanakan kajian kemungkinan pembinaan Empangan Pesisir Pantai (Coastal Reservoir) di lembangan sungai-sungai Negeri Melaka dan akan memohon peruntukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi Projek Mitigasi Tasik Biru dan Sungai Kesang sebagai alternatif musim kemarau.
Views:
Related

Berita Lain
10,000 UMAT ISLAM MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT
KLEBANG 30 Ogos - Lebih 10,000 umat Islam hadir menghidupkan Majlis Melaka Berselawat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PRODUK, WARISAN MELAKA ‘MENYERLAH’ DI KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Dari sajian asam pedas hingga produk usahawan dan warisan budaya, Melaka berjaya 'membawa keluar' pesona...
TOK RAUF BAWA SINAR BAHARU BUAT PEWARIS ROTI CANAI 20 TAHUN
SERKAM 29 Ogos - Lebih 20 tahun meneruskan legasi keluarga dalam menghasilkan roti canai, Awang Mohd Afeendy Abu Samah, 52,...
KING KING ‘BELAJAR’ DUDUK DALAM KOTAK SEBELUM PULANG KE ZOO MELAKA
AYER KEROH 29 Ogos - Membawa pulang Harimau Malaya jantan atau namanya King King seberat 171 kilogram (kg) memerlukan proses...
PERSEMBAHAN HARI KEBANGSAAN TERBAIK UNTUK RAKYAT MELAKA
KLEBANG 29 Ogos - Rakyat Melaka dihidangan dengan pelbagai aktiviti menyuburkan semangat patriotisme, cintakan negara dan kerohanian yang terbaik sepanjang...

