
Malaysia catat sejarah, hanya catat satu kes Covid-19
PUTRAJAYA, 1 Julai – Tiada kes yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu penularan tempatan, sama ada dalam kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu buat pertama kalinya, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 yang terendah pada hari ini iaitu dengan hanya satu kes baharu sepanjang gelombang kedua pandemik itu dengan jumlah keseluruhan 8,640 kes.
“Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan dalam negara yang dilaporkan pada hari ini.
“Ingin dimaklumkan bahawa satu kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu Turki. Syabas kepada semua pihak terutama masyarakat Malaysia di atas pencapaian ini,” katanya pada sidang media hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif pulih 8,375 kes. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
HAMPIR 3,000 ANAK MUDA TUNJUK MINAT, UMNO BUKA PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN
AYER KEROH 18 April - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi, memutuskan untuk meminda Peraturan Keahlian UMNO bagi...
MELAKA, TIGA NEGERI DITADBIR UMNO TUMPU SALUR BANTUAN TAMBAHAN UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 17 April - Melaka dan tiga lagi negeri iaitu Johor, Pahang dan Perak yang diterajui kepimpinan UMNO disaran...
UMNO TERIMA KEMBALI 6,252 BEKAS PIMPINAN DAN AHLI TERMASUK KJ, HISHAMMUDDIN
AYER KEROH 17 April - Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar...
BN PERLU PERTAHANKAN MAJORITI TIGA PEREMPAT PADA PRN MELAKA – AHMAD ZAHID
MELAKA, 17 April - Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi majoriti tiga perempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini,...
KPT SEDIA TAWAR TEMPAT KEPADA PELAJAR MALAYSIA TERJEJAS KONFLIK ASIA BARAT
JASIN 17 April - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia menawarkan penempatan kepada pelajar Malaysia di luar negara yang terjejas susulan...
KERAJAAN BENTANG LANGKAH TANGANI KENAIKAN INPUT PERTANIAN SECARA MINGGUAN
TANJUNG BIDARA 12 April - Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan bermesyuarat setiap minggu bagi menangani kenaikan kos input pertanian...
