
Kerja di pusat snuker waktu PKP, dua lelaki Indonesia dipenjara
PETALING JAYA 16 Jun – Dua lelaki warga Indonesia dipenjara 20 hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bekerja di sebuah pusat snuker.
Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman itu ke atas Vinoris Mendonca Amaral, 27, dan rakannya Yuvanalis Manek, 26, selepas mereka mengaku bersalah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengambil langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit dengan bekerja di sebuah pusat snuker di Damansara Jaya di sini pada 4 petang, 30 Mei lalu.
Mereka didakwa melanggar Peraturan 9, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 17(1) peraturan sama yang boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 30 Mei.
Terdahulu, kedua-dua lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan mereka menanggung keluarga di Indonesia, namun Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris memohon hukuman setimpal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POPULARITI WARUNG CHE MAD TEBONG
MACHAP JAYA 30 Mei - Jika dulu roti canai dijual hanya mampu terjual dua kilogram sehari kini angka itu mampu...
PENIPUAN ‘SCAMMER’ TERUS BEREVOLUSI, RAKYAT MELAKA RUGI HAMPIR RM30 JUTA DALAM 5 BULAN
PENGKALAN BATU 30 Mei - Sejumlah hampir RM30 juta nilai kerugian telah direkodkan di Melaka sepanjang tempoh Januari hingga Mei...
MELAKA SINARI AIDILADHA MASYARAKAT ORANG ASLI
MACHAP JAYA 30 Mei - Masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dipinggirkan bersempena sambutan Aidiladha apabila diadakan program ibadah...
MELAKA PELOPOR PENDIDIKAN DIGITAL SEAWAL USIA MUDA
PENGKALAN BATU 30 Mei - Melaka terus menzahirkan komitmen kepada pelaburan dalam bidang pendidikan menerusi pengenalan program pendidikan digital yang...
MELAKA RIVER CRUISE TERIMA ANUGERAH GLOBAL DI SHANGHAI
AYER KEROH 30 Mei - Melaka River Cruise sekali lagi melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan di peringkat global sebagai sebuah...
AIDILADHA SERLAH MUAFAKAT PENDUDUK TAMAN RAMBAI UTAMA
PAYA RUMPUT 30 Mei - Semangat muafakat dan kerjasama masyarakat bergotong-royong bagi menyempurnakan ibadah korban mewarnai sambutan Aidiladha di Taman...
