
Dr Noor Hisham turun padang, jadi ‘vaccinator’
Dalam lawatan kerja bersama Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ke projek rintis program vaksinasi bergerak di sekitar Parit Sulong, Batu Pahat di Johor,ย hari ini, beliau sempat menyuntik vaksin kepada beberapa individu termasuk pesakit yang terlantar di rumah.
โSehari bersama pasukan bergerak kami memberikan khidmat vaksinasi ke pasakit yang sukar untuk keluar ataupun terlantar di rumah,โ katanya dalam catatan dan perkongsian beberapa keping gambar lawatan itu, di Facebooknya.
Projek rintis itu adalah program kerjasama pelbagai pihak iaitu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), pusat pemberian vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Persekutuan dan Jabatan Kesihatan Johor.
Dr Noor Hisham berkata, projekย yang bermula sejak 14 Jun itu, merupakan usaha institut pengajian tinggi tempatan untuk membantu kerajaan, dalam meningkatkan liputan vaksinasi COVID-19 menerusiย Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
โMenerusi projek itu, proses vaksinasi dilaksanakan denganย tiga kaedah penyampaian, iaitu pusat pemberian vaksin satelit di dewan Maktab Rendah Sains MARAย Batu Pahat, bagi individu yang stabil dan perkhidmatan โoutreachโย vaksin berpusat.
โSelain itu, lawatan rumah ke rumah dibuat bagi pesakit yang terlantar di rumah atau warga emas atau OKU yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke PPV,โ katanya.
Beliau berkata garis panduan bagi pelaksanaan pemberian vaksin rumah ke rumah, disediakan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan, demi menjaga keselamatan penerima vaksin dan prosedur operasi standard (SOP)ย dipatuhi.
Bagi warga emas terlantar, lemah, uzur dan sakit peringkat akhir,ย beliau berkata penilaian akan dilakukan pegawai perubatan sebelum pesakit divaksin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


